Pengasas CC Beauty

Salam Damai,

Cecelia Lagak pengasas CC Beauty yang berumur 33 tahun dari Kapit Sarawak hanya memiliki kelulusan setakat penilaian menengah rendah PMR telah memulakan jenama sendiri pada tahun 2015. Dengan keyakinan dan keberanian untuk terjun ke bidang kecantikan yang sangat mencabar dengan pelbagai halangan dan cabaran dalam menjayakan jenama CC Beauty , kini jenama ini makin mula mendapat sambutan dan berjaya di eksport ke Indonesia, Beijing dan Brunei.

Kini CC Beauty telah pun mempunyai Stokis Agen dihampir setiap daerah dan negeri. Pada tahun 2018 beliau mula mendapat sambutan yang luar biasa, tawaran demi tawaran yang diterima untuk siaran RTM dan Astro Awani disamping temuramah untuk Majalah Usahawan, Suratkhabar dan banyak lagi. Pengasas CC Beauty telah menerima Penghargaan Anugerah Usahawan Belia Harapan Anjuran Dewan Usahawan Bumiputra Sarawak Cawangan Bintulu yang disampaikan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti Wanita, Keluarga Dan Kanak-kanak. Ini menambah keyakinan pihak CC Beauty yang sehingga kini telah membantu hampir 1000 orang peniaga lain memulakan perniagaan dan membuka incubator di Centre yang bertapak di Bintulu Sarawak. Usaha dan tindakan yang menentukan kejayaan kita.

Cecelia Lagak

Pengasas CC Beauty

Choose Confident

en_USEnglish
X
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop